Tuesday, August 19, 2008

SIFAT-SIFAT ORANG YANG BERIMAN

SIFAT-SIFAT ORANG YANG BERIMAN

Di dalam Al-Quran dan Hadis nabi SAW banyak disebut sifat-sifat orang yang beriman, di antaranya ialah :

1. Bertaqwa Kepada Allah

Firman Allah yang bermaksud :


“ Kitab al-Quran itu tidak ada keraguan padanya, penunjuk bagi mereka yang bertaqwa. Iaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan sembahyang dan menafkahkan rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka. Dan mereka yang beriman kepada kitab (al-Quran) yang telah diturunkan kepadamu dan kitab-kitab yang diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya (kehidupan akhirat). Mereka itulah yang tetap dapat petunjuk dari tuhanmu, dan merekalah orang-orang yang beruntung.”

(al-Baqarah : 2-4)



......Tungguuuuu..ada sambungannya lagi.........

IMAN

PENGERTIAN IMAN


Iman itu ialah membenarkan (تصديق), iktikad dengan hati kepada apa yang diketahui yang ianya daripada Din Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW serta ikrar dengan lidah dan amal.

Tasdiq (تصديق) itu mestilah juga menerima serta ridha dengan semuanya, tidak ada ingkar dan perasaan ragu serta tidak menjuzuk-juzukkan kepercayaannya.

Firman Allah SWT yang bermaksud :


“ Maka demi Tuhanmu, mereka tidak beriman pada hakikatnya sehingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka berselisih dikalangan mereka, kemudian mereka tidak merasa di dalam hati mereka sesuatu keraguan terhadap apa-apa keputusan yang kamu berikan dan mereka menerima sepenuhnya.”

(an-Nisa’ : 65)


Firman Allah SWT lagi yang bermaksud :


“ Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).

(al-Hujarat : 15)




Iman dan amal merupakan dua perkara yang beriringan dan tidak berpisah walaupun berbeza dari segi takrif kerana amal ini adalah hasil daripada iman dan iman pula tidak sempurna tanpa amal. Lantaran itu Allah SWT menyebut iman beriringan dengan amal.

Keimanan seseorang tidak akan sempurna melainkan setelah ia beriman dengan semua yang disebutkan itu mengikut cara yang diterangkan oleh al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Barangsiapa mengingkari sesuatu daripadanya sudah tentu ia terkeluar daripada lingkungan al-Islam dan termasuklah ke dalam golongan orang-orang kafir.

Beriman kepada Allah mengandungi tiga bahagian Tauhid ;

1. Tauhid Rububiyyah
2. Tauhid Uluhiyyah
3. Tauhid Asma’ dan Siffat

Pengertian beriman kepada ketiga-tiga bahagian Tauhid itu ialah beritikad dengan keEsaan Allah Taala pada RububiyyahNya, UluhiyyahNya dan sifat-sifatNya yang sempurna dan nama-namaNya yang mulia.

Seorang hamba tidak menjadi mukmin sehingga ia iktikad bahawa Allah adalah Tuhannya, pembela dan pengurus bagi segala sesuatu, bukan yang lain. Dialah Tuhan yang berhak disembah, bukan yang lain. Dialah Tuhan yang Maha Sempurna pada sifat-sifatNya dan pada nama-namaNya. Tidak ada yang sempurna selain daripada Allah.
Ketiga-tiga bahagian Tauhid ini termasuk di dalam pengertian beriman kepada Allah.