KATA HIKMAH

__________________________________

Lucu, kan ?

Lucu kan, RM20 yang kita sedekahkah kepada masjid terasa amat besar tetapi tidak terasa apa-apa bila kita belanjakannya di pasar.

Lucu kan, bila kita rasa amat lama untuk berzikir selama satu jam, tetapi kita merasa amat sekejap menyaksikan perlawanan bolasepak selama satu jam setengah.

Lucu kan, kita terasa amat lama duduk ittiqaf di masjid sejam dua, tetapi tidak rasa apa-apa untuk menonton filem yang panjang

Lucu kan, kita tidak tahu apa yang nak didoakan, tetapi kita tidak ada masalah bersembang berjam-jam dengan kawan.

Lucu kan, kita naik semangat bila ada tambahan masa dalam perlawanan bolasepak , tetapi kita merungut bila sembahyang terawih panjang sedikit daripada biasa.

Lucu kan, beratnya untuk membaca satu juzuk al-Quran, tetapi dengan mudah kita membaca seratus muka surat novel kegemaran kita

Lucu kan , kita berebut mendapatkan tempat duduk di depan dalam perlawanan bolasepak atau konsert tetapi kita selesa berada di saf belakang sembahyang jemaah supaya senang kita keluar nanti

Lucu kan, kita perlu buat temujanji dua tiga minggu untuk tetapkan program masjid tetapi kita boleh tetapkan program lain serta merta.

Lucu kan, betapa sukarnya untuk mengeluarkan beberapa perkataan untuk mengajak kawan kepada kebaikan, tetapi kita amat mudah untuk mendengar dan menyebarkan gossip

Lucu kan, kita percaya bulat-bulat apa yang suratkhabar beritahu , tetapi kita mempersoalkan kebenaran ayat-ayat al-Quran.

Lucu kan , semua orang hendak pergi ke syurga tanpa perlu beriman, berusaha atau berbuat sesuatu.

Lucu kan , bila kita hantar sebuah cerita kelakar melalui e-mail ianya tersebar dengan cepat, tetapi bila kita sampaikan satu dua ayat Allah, ramai yang keberatan untuk berkongsi maklumat.

Lucu kan, kita percaya bulat-bulat apa yang suratkhabar beritahu , tetapi kita mempersoalkan kebenaran ayat-ayat al-Quran.

Lucu kan , semua orang hendak pergi ke syurga tanpa perlu beriman, berusaha atau berbuat sesuatu.

________________________________
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Orang yang memulakan salam adalah terlepas daripada sifat sombong dan takabbur" - (Riwayat Al-Baihaqi & Al-Khatib)
_________________________________
semulia-mulia manusia ialah mereka
yang mempunyai adab,
yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi,
memberi manfaat ketika berdaya membalas
dan berlaku adil ketika memiliki kuasa

Abdul Malik bin Marwan
----------------------------------------------------------

ABDULLAH MAS’UD : Sebaik-baik kaya ialah kaya hati, Sebaik-baik bekal ialah taqwa, Seburuk-buruk buta ialah buta hati, dan Sebesar-besar dosa ialah berdusta...