TAZKIRAH 2










TAKABBUR (Takbur)

Apakah sebab boleh seseorang menjadi takbur?

1. Merasa megah dengan keturunan
2. Merasa diri mempunyai cukup ilmu
3. Merasa banyak melakukan ibadat
4. Merasa diri ramai pengikut atau penyokong
5. Merasa diri cukup cantik dan hebat


Bagaimana mengelakan diri dari Takabbur?

1. Merasai dunia ini bukan untuk berpoya-poya
2. Bermujahadah bersunggug-sungguh
3. Takarrub dan murakabah
4. Sentiasa berdoa agar Allah menjauhkan dari 
sifat-sifat takabbur 

____________________________________________________


RAMADHAN PENYATU UMMAH

Ramadhan datang lagi menemui kita,menjanjikan seribu rahmat dan seribu barakah di bulan yang terbaik daripada segala bulan. Ramadan mercu tanda kehidupan muslim yang Allah menjanjikan gandaan amalan dengan pelbagai tawaran yang amat menarik seperti disebut dalam hadis-hadis sahih.

ﻤن ﺻم ﺮﻤﻀ ن  وﻘﺎ ﺇﯦ وﺍﺤﺘﺴﺎ ﺒﺎ ﻏﻓﺮﻠﮫ ﺘﻗﺪ ﺫﻨﺒﮫ

Antaranya yang bermaksud, “Sesiapa yang berpuasa Ramadan kerana keimanan kepada Allah dan hanya mengharapkan pahala daripada Allah akan diampunkan dosanya yang terdahulu.”Dan sebutkan dalam hadis lain, “sesiapa yang berqiyam (qiyamullai) dalam Ramadan akan diampunkan dosanya yang terdahulu.”
Sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan setiap yang menjanjikan keuntungan yang besar maka disedari bahawa kalau berlaku kerugian maka kerugiannya pun besar. Sebagai contoh daripada kerugian itu, Rasulullah pernah bersabda, “sesiapa yang sengaja tidak berpuasa sehari dalam Ramadan maka tidak mungkin dapat membayar balik hari yang ditinggal itu meskipun ia berpuasa setahun,(dan dikatakan juga seumur hidup).”
Demikian juga penghormatan insan muslim kepada kedatangan Ramadan perlu dihayati kerana mempersendakannya atau tidak mengambil berat padanya akan mengundang kemurkaan Allah. Menghayati  Ramadan akan mendapat kurniaan Allah berlaku secebis kisah di zaman Rasulullah di bulan Ramadan. Ada seorang Yahudi membawa anaknya ke pasar,lalu anak Yahudi ini telah memakan makanan di pasar dalam keadaan umat Islam semua berpuasa. Menyedari hal itu, si bapa Yahudi telah memarahi dan memukul anaknya dengan mengatakan, “perbuatan kamu ini seperti menghina umat islam kerana kamu tidak menghormati Ramadan.”Tidak lama selepas itu Yahudi ini meninggal dunia.
Bila sampai perkhabaran itu kepada Rasulullah, maka Allah memperlihatkan kepada baginda bahawa Yahudi yang menghormati Ramadan itu diringankan Allah azab ke atasnya semata-mata kerana penghormatannya kepada Ramadhan. Ramadhan nama glamournya Bulan Jihad. Jihad dalaman dan jihad luaran. Jihad Dalaman-Bulan Tarbiyah untuk mengukuhkan jiwa tauhid, mengekang tuntutan kehendak nafsu,menunduk jiwa raga kepada semata-mata kepada kehendak Allah dan menolak segala runtunan jiwa kearah menderhaka kepada Allah.Dengan itu terlatihlah khasnya golongan muda dan siapa sahaja yang berpuasa kepada Allah untuk menjadikan insan yang taat kepada Allah.
Jihad Luaran-akan terlihat bahawa insan muslim seluruhnya daripada yang tua kepada yang paling muda serentak seantero dunia melakukan ibadah kepada Allah dan demikian ketika malam seluruh insan muslim berduyun-duyun ke tempat ibadah untuk melakukan solat mala,tarawih dan tahajud menghadap dengan hati yang penuh iman kepada Allah,mentaati perintah-Nya dan mengukuhkan solidarity ummah dan kesatuan ummah yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana agama.