POLITIK

SIAPA YANG LEBIH BERKUASA, MENTERI ATAU ISTERI PERDANA MENTERI?

Datin Seri Rosmah Mansor meminta Kementerian Kewangan mempertimbangkan peruntukan bagi pembinaan Wisma Wanita di setiap negeri... Sepatutnya perkara ini dicadangkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita Dan Masyarakat, Dato' Sharizat Jalil...Adakah Rosmah ingin menjurai dalam hal wanita? atau Adakah dia memang nak jadi menteri?


__________________________________________________

PERPADUAN YANG DIKEHENDAKI DALAM ISLAM


Mufti Perak, Tan Sri Harusani Zakaria berhasrat untuk menjadi orang tengah dalam hendak menyatukan orang Melayu dari kalangan UMNO dan PAS...Walau bagaimanapun Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS) berkata bahawa Mufti tersebut janganlah "Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong" ...Orang tak minta dia pun, dia memandai-mandai...Dok bawah ketiak UMNO kot..Seterusnya Tuan Guru memberi garis panduan sebagaimana ayat Al-Quran di atas, sekiranya kita hendak bersatu dan persatuan yang mendapat perlindungan Allah, maka bersatulah atas nama Islam bukannya atas nama bangsa...Jadi kalau UMNO masih lagi tidak mahu bersatu di bawah panji-panji Islam jangan haraplah PAS nak bersatu dengan UMNO.

Tan Sri Harusani orang yang merupakan orang beragama kenapa macam tidak faham antara perpaduan Melayu dengan perpaduan Islam..Harusani bukan orang politik nak suruh orang Melayu bersatu..Sepatutnya dia suruh orang bersatu dalam Islam.