Monday, July 19, 2010

RAMADHAN OH RAMADHAN

LAPAR DI PERUT….KENYANG DI HATI
DALAM LAPAR ADA 10 KEBAIKAN DAN DALAM KENYANG ADA 10 KEMUDHARATAN

1. LAPAR : Menjernihkan hati, mencerdaskan otak dan menerangi penglihatan hati.
KENYANG : Menyebabkan kebebalan, membuatkan hati buta

2. LAPAR : Merasai kelazatan berzikir kerana hati lembut dan bercahaya
KENYANG : Zikir hanya di lidah dan hati tidak merasa apa-apa, hatinya tertutup daripada cahaya Allah.

3. LAPAR : Menyebabkan hilang rasa angkuh dan ego. Di saat ini rasa kehambaannya kepada Allah adalah memuncak.
KENYANG : Tidak merasa kebesaran Allah, rasa ketuanan akan memenuhi hati.

4. LAPAR : Tidak melupai bala Allah. Orang yang berakal cerdas akan mengingati bala di akhirat apabila melihat bala di dunia.
KENYANG : Menyebabkan seseorang itu lupakan kelaparan dan lupa bala Allah.

5. LAPAR : Mematahkan hawa nafsu terhadap segala bentuk maksiat kerana lapar akan melemahkan nafsu.
KENYANG : Mudah mengikut nafsu kerana kekenyangan adalah pintu kepada syaitan untuk masuk ke dalam hati manusia.

6. LAPAR : Kuranglah tidurnya dan mudah untuk bangun
KENYANG : Akan merasa mengantuk kerana gas yang dihasilkan oleh pencernaan makanan meruap ke otak dan menyebabkan otak kekurangan oksigen.

7. LAPAR : Mudah untuk mendapat khusuk dalam ibadah kerana pintu godaan syaitan tertutup.
KENYANG : Syaitan mengganggu ibadahnya menyebabkan ia tidak dapat menumpukan hatinya pada Allah.

8. LAPAR : Terhindar daripada banyak jenis penyakit kerana kebanyakan penyakit berpunca daripada kandungan makanan yang dimakan.
KENYANG : Mengundang pelbagai jenis penyakit seperti diebetis, darah tinggi dan lain-lain.

9. LAPAR : Menjimatkan perbelanjaan di kala kegawatan ekonomi kerana dapat mengurangkan perbelanjaan terhadap makanan.
KENYANG : Memerlukan perbelanjaan untuk mendapatkan makan bagi tujuan ini sedangkan Negara menghadapi krisis ekonomi yang hebat.

10. LAPAR : Menyemai rasa kasih sayang pada insan lain terutama fakir miskin dan anak yatim.
KENYANG : Tidak merasai kesusahan orang lain seterusnya menyebabkan hilang kasih sayang di hatinya.

No comments: