Monday, November 12, 2012

HUKUM MENGUCAPKAN UCAPAN SELAMAT HARI DEEPAVALI ?

Lebih kurang jam 1.30 tgh, saya telah terpandang di dalam berita TV3 satu temu ramah wartawan TV3 kepada rakyat Malaysia untuk memberi peluang rakyat Malaysia mengucapkan "Selamat Hari Deepavali".. Maka wartawan tersebut telah bertemu seorang demi seorang.. Pada mulanya wartawan tersebut bertemu seorang Pak Aji (Orang Melayu berkopiah putih), Pak Aji itu pun berucaplah "Selamat Hari Deepavali untuk rakyat Malaysia"...

Selepas itu wartawan tersebut bertemu dengan seorang perempuan berbangsa Cina, maka perempuan Cina itu pun mengucapkan "Selamat Hari Deepavali untuk mereka yang berbangsa India"

Selepas itu wartawan bertemu pula seorang perempuan berbangsa India, maka perempuan India mengucapkan "Selamat Hari Deepavali untuk rakyat Malaysia yang berbangsa India"

* Betapa jahilnya Pak Aji tersebut yang menganggap semua rakyat Malaysia nak sambut Deepavali

Persoalannya adakah kita di benarkan oleh agama yang mulia ini untuk saling betukar-tukar ucapan selamat dan saling bertukar hadiah kepada non-muslim ketika perayaan mereka?Sebelum itu elok kita mengetahui erti perayaan Depavali kepada kaum india, Jadi,mari kita lihat secara ringkas penjelasannya:

Hari Deepavali jatuh pada bulan ketujuh dalam kelender Hindu, biasanya pada bulan Oktober atau November. Oleh kerana namanya Pesta Cahaya, ia disambut dengan cahaya dan lampu oleh penganut Hindu. Asal usul perayaan ini adalah berkaitan dengan pertembungan antara Dewa Rama dengan Ravana, dimana kemenangan berpihak pada Dewa Rama, yang akhirnya berjaya merampas Sita dari Ravana yang jahat.

Selain itu terdapat juga pelbagai cerita lain yang berkaitan dengan perayaan ini, seperti pergaduhan antara Dewa Krishna dengan Syaitan Asura- yang dimenangi oleh pihak baik lantas dirayakan dengan pelita dan lampu-lampu.
[http://sklaloh.kelantan.edu.my/perayaan.htm]penganut Hindu menyambut Deepavali kerana banyak sebab dan paling utama mengikut kepercayaan mereka ialah bagi memperingati kemenangan Dewa Krishna menentang Nargasura, yang merupakan kejayaan kebaikan mengalahkan kejahatan.
[http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=364463]

Dari penyataan diatas, jelas kepada kita perayaan Deepavali menurut agama Islam adalah perayaan yang syirik dan amat ditegah oleh Islam untuk umat islam untuk menyambutnya. ALLAH berfirman :
Janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.” (Luqman, 31: 13)

dan umat Islam WAJIB kembali kepada Islam dan bukan hanya bertaqlid kepada mereka yang mengaku muslim tetapi hadir sahaja hari perayaan orang kafir malah mereka lah yang pertama 'wish' dan mengucap selamat terhadap perayaan golongan kafir yang jelas syirik . Allah mengingat kita supaya tidak mengikut sesuatu tanpa pengetahuan yang benar

“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.”(al-Isra’, 17: 36)

Jawapan dari soalan yang saya lontarkan sebentar tadi adalah kita sangat di larang daripada menyambut perayaan keagamaan kaum lain kerana perbuatan tersebut boleh membawa syirik kepada Allah.
Semoga Allah menjauhkan kita.

BAGAIMANA CARA TERBAIK MEMBALAS UCAPAN DARI NON MUSLIMMungkin di kalangan kita akan menerima ucapan selamat depavali daripada kawan-kawan yang beragama hindu, jadi bagaimana kita hendak membalas ucapan tersebut?

Yang sebaiknya adalah membalas ucapan mereka dengan ucapan yang baik disisi syariat “Semoga Allah menunjukkan jalan yang benar.” Atau “Semoga awak mendapat hidayah.” Atau cukuplah dengan ucapan, “terima kasih”.

Perlu diingat ucapan itu mesti bukannya keredhaan kita terhadap kesyirikan mereka tapi hanya meraikan ucapan mereka dan dalam masa ia lebih menjaga hati non muslim daripada terasa hati sekiranya kita membisu tanpa membalas ucapan mereka.

FATWA PARA ULAMA
Imam as-Suyuti: Sesungguhnya Saidina Umar al-Khattab telah mensyaratkan ke atas mereka (kafir zimmi) agar tidak menzahirkan perayaan mereka di negeri-negeri umat Islam. Apabila mereka ditegah daripada menzahirkan, maka bagaimana pula seorang Muslim itu melakukannya? Tindakan tersebut adalah sebahagian dari tindakan yang boleh menguatkan ketamakan hati mereka utk menzahirkan perayaan mereka".
(As-Suyuti, Al-Amru bi at-Tiba' wa an.Nahy 'an al-Ibtida', hlm. 150.)

Fatwa Kerajaan Arab Saudi (Lajnah Daimah Lil Buhuts al-Ilmiyyah wal Ifta`) yang diketuai oleh Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah Ali Syaikh menyatakan dengan tegas:
“Dilarang bagi umat Islam untuk mengucapkan selamat atas hari raya orang kafir, karena ini menunjukkan sikap rela terhadapnya di samping memberikan rasa gembira di hati mereka.”
Dari Eropah, anggota Dewan Penelitian dan Fatwa Eropah
(Al-Majlis Al-Urubi li Al-Buhuts wa Al-Ifta`),
Dr. Muhammad Fuad Al-Barrazy, dengan tegas berkata:
"Saya tidak membolehkan untuk memberikan ucapan selamat hari raya kepada mereka (pemeluk agama lain), juga tidak membenarkan untuk saling bertukar hadiah dalam kaitan itu (bagi tujuan meraikan)”.
Diambil dari http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/ yang diiambil dari.....
Dipindah masuk dari : http://asyrafaziz.blogspot.com/

Friday, August 5, 2011


"WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN DIWAJIBKAN KE ATAS KAMU BERPUASA SEBAGAIMANA YANG TELAH DIWAJIBKAN KE ATAS MEREKA YANG TERDAHULU DARIPADA KAMU, MUDAH-MUDAHAN KAMU BERTAQWA"
(AL-BAQARAH : 183)

10 PERKARA MENJADIKAN SESEORANG ITU BERTAQWA KEPADA ALLAH

1. Mestilah kenal Allah (Ma’arifatullah)

2. Mestilah beribadat kepada Allah

3. Sentiasa berzikir kepada Allah

4. Rasa rindu kepada Allah

5. Rasa rindu kepada Rasul (Hubburrasul)

6. Rasa gerun terhadap Allah

7. Rasa malu terhadap Allah

8. Ingin kembali kepada Allah

9. Redha dengan apa yang dikurnia oleh Allah

10. Rasa menyesal dengan kesilapan atau kesalahan yang telah dilakukan.


Friday, July 1, 2011

HARI PERHITUNGAN AMAL (Yaumul Hisab)

HISAB DI AKHIRAT
Terdapat tiga golongan

1. Golongan yang tidak dihisab tetapi terus dimasukkan ke dalam neraka
- Mereka terdiri dari golongan yang tidak beriman (kafir)


Dan orang-orang kafir akan dihalau ke neraka jahannam dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke neraka itu dibukakan pintu-pintunya dan berkatalah penjaga-penjaganya kepada mereka: Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang membacakan kepada kamu ayat-ayat Tuhan kamu dan Memperingatkan kamu akan pertemuan hari kamu ini?" mereka menjawab: "Ya, telah datang! tetapi telah ditetapkan hukuman azab atas orang-orang yang kafir.
(AZ-ZUMAR : 71)


2. Golongan yang tidak dihisab tetapi terus dimasukkan ke dalam syurga
"Bi ghairi hisab" (golongan yang tidak dikenakan hisab)


Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke syurga dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata:" salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya" (Mereka pun masuk)
(AZ-ZUMAR : 73)

Mereka dari golongan yang bertaqwa (beriman) yang terdiri dari :

Para Nabi dan Rasul dan pada aulia Allah (kekasih Allah)

Para aulia Allah adalah mereka yang memang bersungguh-sungguh menjaga setiap perintah dan larangan dari Allah. Mereka begitu menjaga hal yang wajib dan sunat dan sungguh meninggalkan hal yang haram bahkan hal yang makruh pun mereka tinggalkan.
Para aulia Allah adalah mereka yang paling sabar dan senantiasa redha terhadap apa saja yang menimpa mereka. Hati mereka senantiasa baik sangka kepada Allah atas apa saja musibah yang menimpa mereka.

Para syuhada (orang yang mati syahid) yang juga disebut golongan "Muqarrabin"

Orang yang terlalu dekat dengan Allah SWT disebabkan pengorbanan mereka dalam menegakkan agama Allah SWT. Bahkan nyawapun sanggup mereka korbankan semata-mata untuk mempertahankan agama Allah SWT. Sebab itu tidak hairan mengapa mereka mendapat kedudukan yang begitu tinggi di sisi Allah SWT.

Orang yang terlalu sabar

Sabar itu terbagi dalam tiga bagian :
a. Sabar melaksanakan perintah dari Allah SWT
b. Sabar menjauhi larangan dari Allah SWT
c. Sabar menghadapi segala ujian dari Allah SWT



3. Golongan yang akan dihisab (bagi menentukan berapa banyak amalan kebajikan atau amalan kejahatan.)
Mereka terdiri dari golongan :

Golongan "Ashabul yamin" (golongan yang menerima suratan di tangan kanan)

Golongan orang-orang soleh, abrar ataupun golongan "muflihun". Adapun golongan "Ashabul yamin" yaitu orang-orang yang memiliki sekurang-kurangnya Iman dan mereka juga adalah orang yang amal kebajikannya melebihi kejahatannya. Sungguh pun golongan ini terlepas dari azab neraka, namun mereka tidak terlepas menerima hisab dari Allah SWT. Mereka agak lambat untuk menempuh "Siratul mustaqim" disebabkan oleh pemeriksaan terhadap mereka.
Diterangkan bahwa di atas titian "Siratul Mustaqim" terdapat lima tempat pemeriksaan. Dan lima tempat pemeriksaan itu dijaga oleh para malaikat yang tugasnya memeriksa setiap hamba Allah. Bayangkanlah bagaimana sekiranya kita terhenti di kelima-lima tempat pemeriksaan itu ? sedangkan sehari di akhirat dinisbahkan dengan hari dunia adalah selama seribu tahun.

Golongan "Ashabus syimal" (golongan yang menerima suratan di tangan kiri)

Golongan ini ialah orang Mukmin yang 'Asi atau Mukmin yang durhaka. Kejahatan mereka lebih berat dari kebaikan yang mereka lakukan. Mereka ini akan dimasukkan ke dalam neraka dahulu, sebelum dimasukkan ke dalam syurga. Mereka dimasukkan ke dalam neraka sebagai berdasarkan kepada dosa dan maksiat yang mereka lakukan. Setelah tamat penyiksaan mereka di neraka, barulah mereka akan dimasukkan ke dalam syurga.

Golongan "Ashabul A'raf" (golongan yang berada diantara syurga dan neraka)

Golongan yang amal kebaikan dan kejahatannya itu sama banyak. Golongan ini walaupun mereka terselamat dari masuk ke neraka, tetapi mereka lebih lambat masuk ke syurga daripada golongan "Ashabul yamin" yang setelah menempuh sirotul mustaqim, tidak ada halangan lagi untuk masuk ke syurga. Tetapi bagi golongan "Ashabul A'raf", setelah mereka menempuh "Sirotul mustaqim" mereka masih lagi dihadang untuk ke syurga.

Maka Allah SWT pun berfirman kepada golongan ini yang antara lain,
"Sekiranya kamu hamba-hamba-Ku yang mempunyai lebih satu amalan kebajikan, begitu pemurah kepada hamba-hamba-Ku dan terus ke syurga, maka sesungguhnya Aku lebih pemurah dari itu."

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud:

-Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

Sunday, October 10, 2010

BERIMAN KEPADA KITAB

Rukun Islam yang keempat ialah beriman kepada kitab-kitab Allah iaitu kitab-kitab yang diturunkan kepada Nabi-nabi dan Rasul-rasulNya.

Setiap Nabi dan Rasul yang diutuskan Allah diturunkan kitab kepada mereka, di mana kitab-kitab itu ada dua perkara:

1. Kitab yang diberi nama sebagaimana yang yang disebut dalam Al-Quran (Diberitahu kepada kita)
- Wajib kita beriman secara Tafsil

2. Kitab yang tidak diberi nama (tidak disebut dalam Al-Quran)
- Wajib kita beiman secara ijmal (yakni secara umum)

Tujuan Diturunkan Kitab-Kitab Kepada Manusia (termasuk Al-Quran)

1. Memberi petunjuk (Hidayah)
2. Penyuluh jalan (Nur)
3. Sumber hukum
4. Membenarkan isi kandungan kitab sebelum daripadanya
5. Memberi peringatan



Firman Allah :

Monday, July 19, 2010

Hanya Mendapat Lapar Dan Dahaga


Hadis Nabi SAW

Daripada Abu Hurairah RA berkata : Rasulullah SAW bersabda : “ Seiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan tidak meninggalkan berkelakuan dengan dasar dusta (ertinya berdusta dengan anggota), maka Allah SWT tidak akan memberikan apa-apa ganjaran ke atas keletihannya meninggalkan makan dan minum (maksudnya berpuasa)”

(HR : BUKHARI)


Dalam riwayat Imam an-Nasai juga daripada Abu Hurairah RA Rasulullah SAW bersabda : “ Ada banyak orang berpuasa tetapi ia tidak memperolehi daripada puasanya itu selain daripada lapar dan dahaga”


Keterangan :


Dalam berpuasa hendaklah kita menjaga adab yang zahir dan juga adab yang batin. Yang dimaksudkan dengan adab yang zahir ialah menjaga puasa itu agar sah menurut pandangan ilmu Feqah, maka kita mesti menahan diri daripada makan, minum dan dari segala yang membatalkan puasa. Dan yang dimaksudkan dengan adab yang batin pula iaitu kita menahan anggota badan dari mengerjakan maksiat. Kita hendaklah menahan mata dari melihat perkara-perkara yang haram oleh syarak seperti melihat aurat perempuan yang bukan mahramnya dan kita hendaklah menahan telinga daripada mendengar bunyi-bunyian atau percakapan yang diharamkan oleh syarak dan juga hendaklah kita memelihara lidah daripada bercakap bohong, mencaci orang, bercakap kasar yang boleh menimbulkan permusuhan dan seumpamanya. Selain dari itu kita dituntut pula untuk menjaga anggota badan yang lain dari membuat dosa, seperti kaki, tangan terutama pula perut mesti dijaga supaya jangan diisi ketika berbuka puasa dengan makanan yang haram. Apalah gunanya berpuasa daripada makanan yang halal kemudian di waktu berbuka puasa, perutnya dipenuhkan dengan makanan yang haram yang menyebabkan kemurkaan Allah SWT.



RAMADHAN OH RAMADHAN

LAPAR DI PERUT….KENYANG DI HATI
DALAM LAPAR ADA 10 KEBAIKAN DAN DALAM KENYANG ADA 10 KEMUDHARATAN

1. LAPAR : Menjernihkan hati, mencerdaskan otak dan menerangi penglihatan hati.
KENYANG : Menyebabkan kebebalan, membuatkan hati buta

2. LAPAR : Merasai kelazatan berzikir kerana hati lembut dan bercahaya
KENYANG : Zikir hanya di lidah dan hati tidak merasa apa-apa, hatinya tertutup daripada cahaya Allah.

3. LAPAR : Menyebabkan hilang rasa angkuh dan ego. Di saat ini rasa kehambaannya kepada Allah adalah memuncak.
KENYANG : Tidak merasa kebesaran Allah, rasa ketuanan akan memenuhi hati.

4. LAPAR : Tidak melupai bala Allah. Orang yang berakal cerdas akan mengingati bala di akhirat apabila melihat bala di dunia.
KENYANG : Menyebabkan seseorang itu lupakan kelaparan dan lupa bala Allah.

5. LAPAR : Mematahkan hawa nafsu terhadap segala bentuk maksiat kerana lapar akan melemahkan nafsu.
KENYANG : Mudah mengikut nafsu kerana kekenyangan adalah pintu kepada syaitan untuk masuk ke dalam hati manusia.

6. LAPAR : Kuranglah tidurnya dan mudah untuk bangun
KENYANG : Akan merasa mengantuk kerana gas yang dihasilkan oleh pencernaan makanan meruap ke otak dan menyebabkan otak kekurangan oksigen.

7. LAPAR : Mudah untuk mendapat khusuk dalam ibadah kerana pintu godaan syaitan tertutup.
KENYANG : Syaitan mengganggu ibadahnya menyebabkan ia tidak dapat menumpukan hatinya pada Allah.

8. LAPAR : Terhindar daripada banyak jenis penyakit kerana kebanyakan penyakit berpunca daripada kandungan makanan yang dimakan.
KENYANG : Mengundang pelbagai jenis penyakit seperti diebetis, darah tinggi dan lain-lain.

9. LAPAR : Menjimatkan perbelanjaan di kala kegawatan ekonomi kerana dapat mengurangkan perbelanjaan terhadap makanan.
KENYANG : Memerlukan perbelanjaan untuk mendapatkan makan bagi tujuan ini sedangkan Negara menghadapi krisis ekonomi yang hebat.

10. LAPAR : Menyemai rasa kasih sayang pada insan lain terutama fakir miskin dan anak yatim.
KENYANG : Tidak merasai kesusahan orang lain seterusnya menyebabkan hilang kasih sayang di hatinya.